Pages

Buat blog percuma dengan blogger

cara membuat blog

Assalamualaikum. Mungkin anda pernah dengar mengenai individu yang menghasilkan ribuan ringgit setiap bulan dengan berblogging. Mungkin juga anda berminat untuk menghasilkan blog anda sendiri. Dalam artikel ini ZL nak berkongsi bagaimana cara anda boleh membuat blog percuma dengan menggunakan Blogspot. Di harap melalui artikel ini ada dapat memahami cara membuat blog dan membantu anda memulakan perjalanan pertama anda sebagai seorang blogger.
Baiklah, terdapat banyak laman web yang menawarkan blog peruma, tetapi di dalam artikel ini saya ingin fokus kepada satu sahaja iaitu Blogger. Blogger merupakan sebuah platform blog yang dimiliki oleh Google. Anda boleh mendaftar melalui link ini.

 

Langkah 1: Mendaftar

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mendafatar dengan Blogger. Jika anda sudah mempunyai Google Account pendaftaran akan menjadi lebih mudah lagi. Anda boleh mendaftar dengan Blogger menggunakan akaun Google anda.

Jika anda tidak mempunyai akaun Google anda perlu hasilkan terlebih dahulu Google Account anda. Klik pada salah satu butang “Get Started” di Blogger.com untuk mula mendaftar seperti contoh dibawah:
cara-cara membuat blog blogspot

Langkah 2: Hasilkan blog pertama anda

Apabila anda sudah mendaftar dengan Google Accounts dan Blogspot anda akan dibawa ke “Dashboard” iaitu panel blog anda seperti di bawah. Di sinilah anda dapat melihat maklumat blog anda. Klik pada “CREATE YOUR BLOG NOW” untuk menghasilkan blog pertama anda.

Langkah 3: Pilih tajuk dan URL blog anda

Apabila anda klik pada butang “CREATE YOUR BLOG NOW” anda akan dibawa ke laman di mana anda harus namakan blog anda dan berikan URL kepada blog anda. Sebagai contoh anda namakan blog anda sebagai “Blog Ahmad” dan URLnya pula adalah “http://copynpasteblogger.blogspot.com/”.
cara membuat blog url
Satu tips yang boleh saya berikan adalah pilih nama dan URL blog anda mengikut topik blog yang anda inginkan. Jika anda ingin membuka blog peribadi pilih apa sahaja nama yang anda suka, tetapi jika anda ingin membuka blog untuk tujuan komersil anda harus pilih nama blog yang bersesuaian. Klik continue apabila anda yakin dengan pilihan anda.

Langkah 4: Pilih template blog anda

Pada page seterusnya ini anda harus memilih template atau reka bentuk blog yang anda mahukan seperti gambar dibawah. Klik pada reka yang anda mahukan kemudian klik continue:

cara buat blog template

Tahniah anda kini mempunyai blog sendiri!

Setelah anda memilih template yang anda mahukan anda boleh mula menulis blog post anda. Klik “START BLOGGING” untuk mula menulis post pertama anda.




Anda akan dibawa ke page seperti gambar di bawah. Di page ini anda boleh menulis blog post anda dengan menaip terus pada ruang yang disediakan. Apabila anda berpuas hati dengan tulisan anda klik “PUBLISH POST” untuk masukkan post itu ke blog. Jika anda ingin simpan dahulu tulisan anda klik “SAVE NOW”.

Panel Blog

Di bahagian atas bahagian admin blog anda akan terdapat panel tab seperti di bawah dan setiap panel mempunyai fungsi yang tertentu:




Posting: Melalui tab ini anda dapat post artikel blog terbaru ataupun edit artikel yang lama. Anda juga boleh edit atau hasilkan “page” seperti ruangan “about me”.
Comments: Melalui tab ini anda boleh kawal komen yang anda terima di blog anda seperti delete atau approve komen.
Settings: Melalui ruangan settings anda boleh mengubah setting blog anda seperti nama blog, description dan banyak lagi.
Design: Pada bahagian design ini anda boleh mengubah reka bentuk laman web anda dengan mudah.
Monetise: Jika anda mempunyai akaun Adsense atau Amazon anda boleh setkan di bahagian ini untuk dapatkan duit tambahan dari blog anda.
Stats: Di ruangan stat pula anda boleh melihat jumlah trafik yang anda terima ke blog anda dan dari mana trafik ini datang.
Sumber dari:  http://www.zonlelaki.com.

0 comments:

Post a Comment

 

Copy & paste © 2010 | Blogger Templates designed by OOruc